Sunday 17 August 2014

Kitar Semula Elak Pembaziran

Secara purata rakyat Malaysia menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari oleh seorang individu. 45% dari jumlah sisa ini adalah bahan makanan, manakala 24% adalah bahan plastik dan selebihnya, 31% adalah bahan lain selain makanan dan plastik.

Kita sebagai pengguna perlu memainkan peranan untuk mengelakkan pembaziran. Pilihlah atau belilah barang yang tahan lama dan mudah di baiki. Kita juga patut menjalankan aktiviti kitar semula jika terdapat lebihan barangan di rumah.

Konsep zero waste atau sisa sifar ini telah banyak di praktikkan di negara luar. Konsep ini memastikan pengguna seboleh-bolehnya melakukan usaha kitar semula bagi memelihara alam sekitar dan memperolehi manfaat dalam bentuk penjimatan kos operasi.

Sebenarnya konsep sisa sifar ini adalah selaras dengan apa yang di anjurkan oleh Islam. Kita di ingatkan agar tidak membazir kerana membazir itu amalan yang tidak baik. Konsep sisa sifar juga adalah konsep yang menekankan langkah pencegahan dimana kita disaran menguruskan sumber dengan cara berhemah.

Namun kita sekarang berada di peringkat pengurusan sisa. Masih belum terlewat sekiranya kita ada langkah kitar semula yang kukuh dimana setiap sisa ditukarkan kepada bahan yang lebih bernilai dan berharga.

Kita berada di pihak yang rugi sekiranya pengurusan sisa pun kita masih belum mampu untuk menguruskannya. Pembaziran sumber akan terus berlaku tanpa ada pelan pengurusan sisa yang mampan.

Sisa Sifar (Zero Waste) : Pendekatan Terbaik Mengurus Sumber

No comments: