Sunday 15 March 2015

Kitar semula tanggungjawab semua pihak

Manusia adalah khalifah di mukabumi Allah swt ini. Kita diberikan rezeki oleh Allah swt dengan begitu teratur dengan sistem yang telah dikurniakan secara semulajadi. Adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk mengurus semua sumber yang dikurniakan ini untuk manfaat manusia sejagat. Sebagaimana kita menerima sumber dalam keadaan baik daripada Allah swt sewajarnya kita menggunakan sumber ini sebaiknya. Manakala sisa yang terhasil dari penggunaan sumber seharusnya dikembalikan kepada bumi dalam keadaan yang baik juga. Sebaiknya sisa dikembalikan kepada alam dalam keadaan alami yang semulajadi juga.

Kita selalu menganggap tugas kita selesai sebaik sahaja sisa dirumah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian kita berharap kepada orang lain dan menganggap tugas melupus sampah itu adalah tugas orang lain. Sebagai manusia yang hidup dalam tamadun yang serba maju kita mampu untuk menyumbang lebih daripada itu. Dengan pengetahuan dan teknologi yang maju, sisa yang kita buang keluar dari rumah sepatutnya sampah yang telah melalui separa proses dan bukannya sampah 'mentah'.

No comments: